ASSALAMAUALAIKUM..
kita nak kongsi resepi la...
hehehehee
orang kata masa rajin sahaja buat kuih akan menjadi..tapi bagi kita plak sebaliknya..masa stress la buat kuih gerenti jadi..
BAHAN-BAHAN
a) 3 biji telur (gred A)
b) 1 cawan air aiskrim soda
c) 2 cawan tepung
d) 1 sudu besar ovalete
e) 1 1/2 cawan gula
f) sedikit esen vanilla
g) pewarna
CARA-CARA
1 . telur,gula dan ovalete blenderkan sehingga kembang. keluarkan adunan dan letakkan didalam bekas
2 . masukkan air aiskrim soda kedalam adunan yang di blender tadi.
3 . kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dalam masa yang sama boleh letakkan esen vanilla dan pewarna sekali.
4 . setelah siap, masukkan adunan kedalam bekas kecil (seperti bekas cupcake atau bekas apam polkadot)
5 . kukuskan dalam keadaan api yang besar dalam masa 7 minit
#tips
*pastikan mengunakan api yang besar memudahkan apam kembang dan mekar (elak dari apam bentan)
*pastikan mengunakkan air aiskrim soda yang baru..elakkan dari mengunakan air aiskrim soda yang lama digunakan atau dipakai (air aiskrim soda yang digunakan akan kehilangan buih dan boleh membuatkan apam tidak naik kerana apam ini tidak mengunakkan soda bikarbonat.)
itu sahaja dari saya,,..
~selamat mencuba ~
