My fav music

Friday, 8 August 2014

bf kesayangan hilang

Assalamualaikum..
SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR BATIN
tak sangka pejam celik..pejam celik dah raya..terasa macam sekejap je..

sebenarnya nak cerita pasal fon kita hilang..sedih sangat..
25/7/2014 hari jumaat..puasa yang ke27 tak silap..
tapi yang sedih nya orang curi fon tu seorang budak lelaki..dan dalam masa yang sama pada bulan puasa dan hari jumaat..hari yang diberkati Allah..
Apa nak jadi la dengan budak2 sekarang nie..
cara budak tu curi :
1) dalam lingkungan pukul 8 lebih..
2) berkemungkinan budak tu dah usha lama fon tu..
3) budak tu amik fon dalam laci 

sedih sangat sebab fon tu la beli dengan duit gaji masa kerja petronas dulu..terpaksa buat kerja overtime..
kecik dah mencuri tak taw la klau dah besar t macam mana...


HYDRANGEA SYU_SU
^_^

Tuesday, 10 June 2014

kerinduan


 

ASSALAMUALAIKUM..
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM...

wahhhhhh..
tajuk kita hari nie kerinduan la..
terasa macam poyo pun ada kan..tapi nak buat macam mana itu la realiti ye..
terasa rindu sangat dekat suasana semasa belaja dulu..even dah 2 bulan lebih kot..(tak sure la) bagi orang lain mungkin lamakan tapi bagi syu la terlalu sekejap sebab rasa macam baru semalam berpisah..bertapa rapatnya kami..

hari nie syu update gambar je la ea..sebab dengan gambar je kita boleh berbicarakan..
sekian terima kasih...


HYDRANGEA SYU_ZU

my lovely roomate + kamsis

teluk batik sem 3

Sunday, 13 April 2014

cerita selepas exam

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum..

kita nak cerita tentang hari terakhir masa dekat dewan exam hari tu..yang bertarikh 11/4/2014..hari yang bersejarah buat kami semua iaitu DRM CREW 6 berpisah..
sebelum nak pegi exam tu dah macam2 perasaan ada..sedih,tak sabar,takut,gembira...hati dah tenteram bila dah nak jawab exam..nak tau sebab ape..of coz la sebab tak nak hadapi perpisahan kami yang terjalin selama 3 tahun..
masa lepas exam tu rasa puassssssssssssss sangat..sebab ape..dah habis paper..orang lain tak habis paper 
( tak start lagi pun ada )kita dah habis dah..rasa macam kosong tak ada bebanan lagi..

saat yang dinanti-nantikan....
~~~~~~~~~~~~~

mula2 berkumpul bergelak ketawa..buat macam biasa tapi hati masing-masing kita tak tau kan..
tapi sejujur ya 
time tu memang sangat sedih..lepas nie dah tak boleh tengok kawan2 gelak, gaduh, bertekak macam ape..tak ada nak buat2 muka..tak ada lagi dengar lecturer berleter..marah2..

start air mata nie jatuh bila tengok kawan nangis..cehhh..konon la boleh tahan tapi hampeh..hujan jugak air mata kita nie..masing2 salam mintak maaf dan dalam masa yang sama..boleh plak hujan turun selebat-lebat ya macam tahu perasaan kami semua..
lepas salam2..mintak maaf..jumpa lecturer2 DRM..mintak maaf dekat mereka..banyak jugak la nasihat yang diberikan..ada la selit perli memerli..
huhuuuu~..
perkara biasa la tu..dah lali..

kenangan manis pahit suka duka kita bersama lalui..kita sanggup dengar orang maki perli mengutuk kos kita..kita hadapi bersama..ahli keseluruhan sepatutnya 41 orang tapi yang tinggal hanyalah 36 dan seorang lagi kakak kita..mama arissa..
i will miss u so much..
DIPLOMA PENGURUSAN PERUNCITAN
saya BANGGA...


hydrangea syu_zu

Saturday, 22 March 2014

dugaan ohh dugaan

dugaan ohh dugaan....
kenapa mesti ada dugaan dalam hidup..*aishhh..syu kalau tak ada dugaan dalam hidup macam mana la kita nie nak berjaya dalam hidup*.
ada beberapa minggu  je lagi nak duduk dekat  negeri yang sukar hujan nie iaitu negeri Perak area Ipoh..
lepas nie dah tak rasa panas dah..sebab  DAH HABIS BELAJA.....yahoooooooo
heheheeheeheheheheee....
kita berpatah balik pada tajuk utama kita nie "DUGAAN OHH DUGAAN"
minggu nie ada la minggu yang paling stress..
macam2 masalah kita hadapi..
dengan fikir perasaan kawan, dengan perangai lecturer yang suka bagi keje last minit,marah orang sesuka hati..
kenapa erkkk.??????
kenapa?kenapa?kenapa ea kita kena jaga hati orang..sedangkan mereka2 nie tak pernah pun nak jaga hati kita...
hhmmm

final year...omg....
dugaan terlalu banyak sampai tak tau nak cerita macam mana...tapi bila fikir sedih pun ada..tapi sapa la diriku ini...aku hanya hamba Allah yang hina..tak mampu untuk menghalang semua ini..

pertemuan pasti ada perpisahan..
tapi..
kenapa perpisahan kita jadi macam nie sekali..


~hydrangea syu_zu~

Sunday, 23 February 2014

apa itu hydrangea...???

Assalamualaikum...
ini la bunga Hydrangea..
pasti anda tertanya-tanya bunga ape tu...

nama penuh bagi bunga Hydrangea ini ialah Hydrangea Macrophylla..
bunga ini juga terdapat nama-nama lain antaranya ialah Hortensia, Bunga Tiga Bulan dan di Malaysia dikenali sebagai Pokok Bunga Siti Zubaidah.
* bunganya boleh berwarna Putih , biru muda , unggu, atau merah muda ia bergantung kepada pH tanah.
*tanah yang lebih berasid bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda.

cara penjagaan :
cahaya : bunga ini tidak memerlukan cahaya yang banyak ia biasanya diletakkan di bawah teduhan kerana jika bunga ini dibiarkan kena cahaya matahari secara terus akan menyebabkan daunnya menjadi hitam..
air : 2 kali sehar sahaja tetapi dengan musim yang panas ini jumpah penyiraman bunga ini perlu ditambah sebanyak 3 kali sehari kerana mengelakkan bunga ini layu dan gangguan perkembangan pertumbuhan.
baja : pokok bunga ini menggunakan baja yang banyak bagi menghasilkan bunga yang cantik dan warna yang menarik..


rahsia disebalik bunga Hydrangea

Hydrangea (Terima Kasih Kerana Memahami)
kita ada banyak cara untuk berterima kasih kepada seseorang , daripada menulis surat, berjabat tangan, berpeluk....
inginkan perbezaan dan berkesan? hanya dengan memberi bunga Hydrange.



sekian..terima kasih...
Hydrangea syu_zu

Saturday, 22 February 2014

[MTV] Black - Takkan Terpisah (OST Jodoh Itu Milik Kita)





apa maksud disebalik lagu nie..????

terasa macam sama pulak kehidupanku dengan lagu nie..

bila duduk sorang-sorang dengar lagu nie mesti teringat dekat seseorang..yang dulu pernah bertahkta dalam dan merupakan sebahagian dalam hidup ku..

macam-macam janji yang awak taburkan dulu tapi sekarang hanyalah tinggal kenangan..

kenapa...?????kenapa..???kenapa.???

kenapa susah sangat saya nak lupakan awak...

setiap kali terserempak dengan awak hati saya sakit sangat..

tapi..

saya kena kuat..

InsyahAllah kalau ada jodoh tak akan kemana..



#Saya akan didik hati saya untuk lupakan awak..





hydrangea syu_zu

Friday, 21 February 2014

pesanan seorang Ibu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


                                              Assalamualaikum....
Alhamdulillah..
Akhirnya  selama 2 tahun lebih diriku hidup merantau  dan pelbagai onak duri yang diriku ini merasai..susah dan senang   hidup berjauhan dengan keluarga. Akhirnya sampai ke penghujung jalan  dan perjuangan terakhir  bagi diriku untuk mencapai menjadi "fresh graduan".
Ini adalah semester terakhir , perlu melakukan yang terbaik daripada yang sebelum ini.. 

Ibu pesan "angah belajar elok-elok..nie dah semestar akhir buat yang terbaik..dah banyak ibu dengan ayah melabur duit untuk  hantar angah belajar jauh-jauh..buat la yang terbaik..ibu sentiasa memberi sokongan  dari jauh" 
Pesanan daripada ibu..

hanya mampu tersenyum..InsyahAllah..angah akan buat yang terbaik untuk  buat keluarga kita gembira dan bangga..

berkorban untuk keluarga..doa seorang ibu amat bermakna dalam diri ini..

#impian...nak sangat bila konvo dapat anugerah pelajar cemerlang walaupun tak ada la cemerlang sangat..heheee