My fav music

Saturday, 19 May 2012

resepi ayam masak asam pedas dadaaa~


hari nie syu nak kongsi sedikit ilmu iaitu dengan cara memasak ayam masak asam pedas dadaaaa~
ini cara syu masak..laen dari yg laen...huhuuu~
simple,senang dan sedap..


bahan utama :
ayam :10 ketul @ikut suka
cili kisar : 1 cawan  
bawang merah : 3 biji
bawang putih : 4 ulas
halia : 1 inci
air asam jawa : 1 mangkuk 
serai : sebatang jika perlu
garam : secukup rasa
daun kesom
cili hidup : 5 biji
minyak
air 
bendi

cara-cara membuat :

1. ayam dibersihkan,selawat bagi yang islam dan ditoskan..
2. ambil bawang merah,bawang putih,halia dan cili hidup ditumbuk...serai ditumbuk sekali
3. panaskan minyak,selepas minyak sudah panas tumiskan cili kisar dan serai serta bahan yang ditumbuk (bawang merah,bawang putih,halia dan cili hidup) sehingga berbau harum dan garing....
4. masukkan ayam dan gaul sehingga rata...apabila sudah rata masukkan sedikit air dan air asam jawa (jgn terlalu byak takut rasa masam)
5. selepas itu masukkan bendi (dibuang kepala dan ekor dan bendi dipotong 3), daun kesom dan garam secukup rasa..tutup api biler ayam sudah masak..

*digalakkan bawang merah,bawang putih,halia,cili ditumbuk lagi sedap dari dikisar..
*bendi perlu dimasukkan akhir sekali sebab bendi mudah lembut
*pasti kan kalau nak rasa masakkan jgn rasa semasa masakan panas sebab biler rasa waktu panas makanan pasti akan rasa tawar.. 

siap..
boleh makan sekarang...
selamat mencuba~
simple, senang , sedap...

No comments:

Post a Comment