My fav music

Sunday, 11 June 2017

Christina Perri - A Thousand Years [Official Music Video]





thousand years
yup..sekarang ni tengah tergila-gilakan lagu "thousand years"..
heheeee..
lagu ni juga menjadi tema bagi setiap "message" masuk..
sebab pemilhan lagu ni mungkin lirik lagu nie ada unsur-unsur romantik dan boleh buat kita rasa jatuh hati dekat seseorang yang kita sayang..(sedar diri saya nie memang jiwang),,

thousand years : Christina Perri


heart beats fast....
colors and promises..
how to be brave...
how can i love when i'm afraid to fall....
watching you stand alone..
all of my doubt suddenly goes away somehow
one step closer....

i have died everyday waiting for you...
darling don't be afraid loved you..
for a thousand years.....
i"ll love you for a thousand more...
...
...

time stands still..
beauty in all she is....
i will be brave..
i will not let anything take away..
what's standing in front of me..
every breath..
every hour
has come
to this..
one 
step
 closer...

(c/h) i have died everyday waiting for you...
darling don't be afraid loved you..
for a thousand years.....
i"ll love you for a thousand more...

and all along i believed i would find you
time has brought your heart to me..
i have loved you for a thousand years..
i'll love you for a thousand more...

...

one step closer...(2x)
(c/h)


GOOD LUCK !!!!!!!

^_^


hydrangea syu_zu

Thursday, 11 August 2016

Percutian Bajet Kami Di Pulau Perhentain......

Assalamualaikum...

hari nie kita nak bercerita tentang percutian di "PULAU PERHENTIAN" dekat terengganu..
sebenarnya macam tak percaya je kita nie dapat pi sana..macam bermimpi je..untuk pertama kalinya pergi travel dengan kawan tanpa keluarga disisi..jauh kot..kl ke terengganu lapan jam kot naik bas rasa macam 
~~~~WOWWWW~~~~ 
selalu pi travel paling jauh pun dekat melaka lagipun dengan keluarga..
ok kita tak nak membebel berjela-jela..

so...

kami survey nak pergi Pulau nie lama jugak la dalam 2 bulan sebab nak tengok pakej baget kan..kena la survey awal kalau tak rugi la kan..
cari punya la cari kami jumpa pakej nie dekat instagam : myperhentian


kami ambil yang(perhentian island camping package free & easy snorkeling 3D2N) ... murah juga la sebab harga sebenar rm 169 kiranya discount dalam rm 10.00..booking rm 50.00 seminggu lagi nak pergi baru bayar full payment.

~~
~~
~~
bila dah selesai buat pembayaran untuk penginapan kita survey pula pengangkutan..maklum la kita jalan jauh kena la buat survey dulu baca bloger lagi tentang percutian nie..kebanyakkan blogger galakkan ambil bas SANI EXPRESS turun ke kuala besut sebab terminal bas kuala besut dekat je dengan jeti kuala besut kiranya boleh jalan kaki je..dengan itu kami cuba la sani express tu..boleh la..kerusi bas selesa untuk jalan jauh.. harga tiket dalam rm 48.00 pergi balik dalam rm 96.00 digalakkan beli tiket awal ye sebab takut tiket habis..kami booking online tiket bas dekat SANI EXPRESS punya laman web. 
~~
~~
~~
hari yang dinantikan  ( khamis malam 28/07/2016 )
tiket pukul 10.00 malam sepatutnya kena tunggu sejam awal tapi kami sampai pukul 9.55 malam..nasib baik bas tunggu kalau tak dah menangis kat tbs (terminal bersepadu selatan) ye la..sebab kami tunggu bas rapid lama sangat..sejam lebih kot..dari pukul 8.30 malam dari rumah sekali bas datang pukul 9.00 lebih..masa tu kawan memang dah risau dah..sampai dekat ktm serdang pukul 9.30..sampai dekat ktm serdang nasib baik ktm tak sampai lagi kalau tak menangis lagi...tunggu punya la tunggu ktm pun sampai pukul 9.40 malam..memang dah cuak la masa tu ye la bas pukul 10.00 malam kot..nasib ktm cuma satu persinggahan je untuk sampai dekat tbs..
masa tu sampai je tbs terus berlari ke pintu pelepasan...

akhirnya kami sempat naik bas walaupun lambat..

ok kita berhenti kat sini dulu..insyahAllah next post akan ada PERCUTIAN BAJET KAMI DI PULAU PERHENTIAN PART 2



Tips : 
1 . pastikan survey harga untuk percutian yang hendak pergi ( usha la mana-mana bloger orang lain) bagi mengelakkan kes penipuan harga...kalau tak survey nanti kita yang rugi..
2 . survey juga tips yang orang bagi menambah pengetahuan...saya pun survey tips-tpis pergi ke pulau perhentian..
3 . tiket bas pastikan beli awal elakkan dari kelam kabut..kalau beli online kena la tukar tiket dekat kuanter ye..macam kami beli tiket online untuk booking pastu dalam masa yang terdekat terus pi tbs untuk tukar tiket sebab takut tak sempat,,,
4 . kalau nak naik bas rapid kena tunggu awal 3 jam sebab takut jadi macam kami

ok itu sahaja tips untuk hari nie...

sekian terima kasih 

hydrangea syu_zu
^_^









Thursday, 24 December 2015

apam mekar mudah gebusss

ASSALAMAUALAIKUM..

kita nak kongsi resepi la...
hehehehee
orang kata masa rajin sahaja buat kuih akan menjadi..tapi bagi kita plak sebaliknya..masa stress la buat kuih gerenti jadi..



BAHAN-BAHAN

a) 3 biji telur (gred A)
b) 1 cawan air aiskrim soda 
c) 2 cawan tepung
d) 1 sudu besar ovalete
e) 1 1/2 cawan gula
f) sedikit esen vanilla
g) pewarna

CARA-CARA

1 . telur,gula dan ovalete blenderkan sehingga kembang. keluarkan adunan dan letakkan didalam bekas
2 . masukkan air aiskrim soda kedalam adunan yang di blender tadi.
3 . kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dalam masa yang sama boleh letakkan esen vanilla dan pewarna sekali.
4 . setelah siap, masukkan adunan kedalam bekas kecil (seperti bekas cupcake atau bekas apam polkadot)
5 . kukuskan dalam keadaan api yang besar dalam masa 7 minit


#tips
*pastikan mengunakan api yang besar memudahkan apam kembang dan mekar (elak dari apam bentan)
*pastikan mengunakkan air aiskrim soda yang baru..elakkan dari mengunakan air aiskrim soda yang lama digunakan atau dipakai (air aiskrim soda yang digunakan akan kehilangan buih dan boleh membuatkan apam tidak naik kerana apam ini tidak mengunakkan soda bikarbonat.)


itu sahaja dari saya,,..

~selamat mencuba ~


Friday, 8 August 2014

bf kesayangan hilang

Assalamualaikum..
SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR BATIN
tak sangka pejam celik..pejam celik dah raya..terasa macam sekejap je..

sebenarnya nak cerita pasal fon kita hilang..sedih sangat..
25/7/2014 hari jumaat..puasa yang ke27 tak silap..
tapi yang sedih nya orang curi fon tu seorang budak lelaki..dan dalam masa yang sama pada bulan puasa dan hari jumaat..hari yang diberkati Allah..
Apa nak jadi la dengan budak2 sekarang nie..
cara budak tu curi :
1) dalam lingkungan pukul 8 lebih..
2) berkemungkinan budak tu dah usha lama fon tu..
3) budak tu amik fon dalam laci 

sedih sangat sebab fon tu la beli dengan duit gaji masa kerja petronas dulu..terpaksa buat kerja overtime..
kecik dah mencuri tak taw la klau dah besar t macam mana...


HYDRANGEA SYU_SU
^_^

Tuesday, 10 June 2014

kerinduan


 

ASSALAMUALAIKUM..
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM...

wahhhhhh..
tajuk kita hari nie kerinduan la..
terasa macam poyo pun ada kan..tapi nak buat macam mana itu la realiti ye..
terasa rindu sangat dekat suasana semasa belaja dulu..even dah 2 bulan lebih kot..(tak sure la) bagi orang lain mungkin lamakan tapi bagi syu la terlalu sekejap sebab rasa macam baru semalam berpisah..bertapa rapatnya kami..

hari nie syu update gambar je la ea..sebab dengan gambar je kita boleh berbicarakan..
sekian terima kasih...


HYDRANGEA SYU_ZU

my lovely roomate + kamsis

teluk batik sem 3

Sunday, 13 April 2014

cerita selepas exam

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum..

kita nak cerita tentang hari terakhir masa dekat dewan exam hari tu..yang bertarikh 11/4/2014..hari yang bersejarah buat kami semua iaitu DRM CREW 6 berpisah..
sebelum nak pegi exam tu dah macam2 perasaan ada..sedih,tak sabar,takut,gembira...hati dah tenteram bila dah nak jawab exam..nak tau sebab ape..of coz la sebab tak nak hadapi perpisahan kami yang terjalin selama 3 tahun..
masa lepas exam tu rasa puassssssssssssss sangat..sebab ape..dah habis paper..orang lain tak habis paper 
( tak start lagi pun ada )kita dah habis dah..rasa macam kosong tak ada bebanan lagi..

saat yang dinanti-nantikan....
~~~~~~~~~~~~~

mula2 berkumpul bergelak ketawa..buat macam biasa tapi hati masing-masing kita tak tau kan..
tapi sejujur ya 
time tu memang sangat sedih..lepas nie dah tak boleh tengok kawan2 gelak, gaduh, bertekak macam ape..tak ada nak buat2 muka..tak ada lagi dengar lecturer berleter..marah2..

start air mata nie jatuh bila tengok kawan nangis..cehhh..konon la boleh tahan tapi hampeh..hujan jugak air mata kita nie..masing2 salam mintak maaf dan dalam masa yang sama..boleh plak hujan turun selebat-lebat ya macam tahu perasaan kami semua..
lepas salam2..mintak maaf..jumpa lecturer2 DRM..mintak maaf dekat mereka..banyak jugak la nasihat yang diberikan..ada la selit perli memerli..
huhuuuu~..
perkara biasa la tu..dah lali..

kenangan manis pahit suka duka kita bersama lalui..kita sanggup dengar orang maki perli mengutuk kos kita..kita hadapi bersama..ahli keseluruhan sepatutnya 41 orang tapi yang tinggal hanyalah 36 dan seorang lagi kakak kita..mama arissa..
i will miss u so much..
DIPLOMA PENGURUSAN PERUNCITAN
saya BANGGA...


hydrangea syu_zu

Saturday, 22 March 2014

dugaan ohh dugaan

dugaan ohh dugaan....
kenapa mesti ada dugaan dalam hidup..*aishhh..syu kalau tak ada dugaan dalam hidup macam mana la kita nie nak berjaya dalam hidup*.
ada beberapa minggu  je lagi nak duduk dekat  negeri yang sukar hujan nie iaitu negeri Perak area Ipoh..
lepas nie dah tak rasa panas dah..sebab  DAH HABIS BELAJA.....yahoooooooo
heheheeheeheheheheee....
kita berpatah balik pada tajuk utama kita nie "DUGAAN OHH DUGAAN"
minggu nie ada la minggu yang paling stress..
macam2 masalah kita hadapi..
dengan fikir perasaan kawan, dengan perangai lecturer yang suka bagi keje last minit,marah orang sesuka hati..
kenapa erkkk.??????
kenapa?kenapa?kenapa ea kita kena jaga hati orang..sedangkan mereka2 nie tak pernah pun nak jaga hati kita...
hhmmm

final year...omg....
dugaan terlalu banyak sampai tak tau nak cerita macam mana...tapi bila fikir sedih pun ada..tapi sapa la diriku ini...aku hanya hamba Allah yang hina..tak mampu untuk menghalang semua ini..

pertemuan pasti ada perpisahan..
tapi..
kenapa perpisahan kita jadi macam nie sekali..


~hydrangea syu_zu~

Sunday, 23 February 2014

apa itu hydrangea...???

Assalamualaikum...
ini la bunga Hydrangea..
pasti anda tertanya-tanya bunga ape tu...

nama penuh bagi bunga Hydrangea ini ialah Hydrangea Macrophylla..
bunga ini juga terdapat nama-nama lain antaranya ialah Hortensia, Bunga Tiga Bulan dan di Malaysia dikenali sebagai Pokok Bunga Siti Zubaidah.
* bunganya boleh berwarna Putih , biru muda , unggu, atau merah muda ia bergantung kepada pH tanah.
*tanah yang lebih berasid bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda.

cara penjagaan :
cahaya : bunga ini tidak memerlukan cahaya yang banyak ia biasanya diletakkan di bawah teduhan kerana jika bunga ini dibiarkan kena cahaya matahari secara terus akan menyebabkan daunnya menjadi hitam..
air : 2 kali sehar sahaja tetapi dengan musim yang panas ini jumpah penyiraman bunga ini perlu ditambah sebanyak 3 kali sehari kerana mengelakkan bunga ini layu dan gangguan perkembangan pertumbuhan.
baja : pokok bunga ini menggunakan baja yang banyak bagi menghasilkan bunga yang cantik dan warna yang menarik..


rahsia disebalik bunga Hydrangea

Hydrangea (Terima Kasih Kerana Memahami)
kita ada banyak cara untuk berterima kasih kepada seseorang , daripada menulis surat, berjabat tangan, berpeluk....
inginkan perbezaan dan berkesan? hanya dengan memberi bunga Hydrange.



sekian..terima kasih...
Hydrangea syu_zu

Saturday, 22 February 2014

[MTV] Black - Takkan Terpisah (OST Jodoh Itu Milik Kita)





apa maksud disebalik lagu nie..????

terasa macam sama pulak kehidupanku dengan lagu nie..

bila duduk sorang-sorang dengar lagu nie mesti teringat dekat seseorang..yang dulu pernah bertahkta dalam dan merupakan sebahagian dalam hidup ku..

macam-macam janji yang awak taburkan dulu tapi sekarang hanyalah tinggal kenangan..

kenapa...?????kenapa..???kenapa.???

kenapa susah sangat saya nak lupakan awak...

setiap kali terserempak dengan awak hati saya sakit sangat..

tapi..

saya kena kuat..

InsyahAllah kalau ada jodoh tak akan kemana..



#Saya akan didik hati saya untuk lupakan awak..





hydrangea syu_zu

Friday, 21 February 2014

pesanan seorang Ibu

بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ


                                              Assalamualaikum....
Alhamdulillah..
Akhirnya  selama 2 tahun lebih diriku hidup merantau  dan pelbagai onak duri yang diriku ini merasai..susah dan senang   hidup berjauhan dengan keluarga. Akhirnya sampai ke penghujung jalan  dan perjuangan terakhir  bagi diriku untuk mencapai menjadi "fresh graduan".
Ini adalah semester terakhir , perlu melakukan yang terbaik daripada yang sebelum ini.. 

Ibu pesan "angah belajar elok-elok..nie dah semestar akhir buat yang terbaik..dah banyak ibu dengan ayah melabur duit untuk  hantar angah belajar jauh-jauh..buat la yang terbaik..ibu sentiasa memberi sokongan  dari jauh" 
Pesanan daripada ibu..

hanya mampu tersenyum..InsyahAllah..angah akan buat yang terbaik untuk  buat keluarga kita gembira dan bangga..

berkorban untuk keluarga..doa seorang ibu amat bermakna dalam diri ini..

#impian...nak sangat bila konvo dapat anugerah pelajar cemerlang walaupun tak ada la cemerlang sangat..heheee


Tuesday, 17 December 2013

Christina Perri - Jar of Hearts - Jun Sung Ahn Violin Cover




sekarang ni terasa macam jiwa ni jiwang sangat..tak tau la sejak bila layan muzik violin..tapi kadang-kadang biler dengar muzik ni rasa macam tenang je jiwa..cuba dengar dan hayati irama lagu ni..
kalau kita betul-betul "feeling" dengan lagu ni pasti kita akan terasa (meremang bulu roma dengar lagu ni)
ni lagu lama so tak slah kalau nak dengar kan,.

SEKIAN TERIMA KASIH
hydrangea syu_zu

Monday, 16 December 2013

EGO

Assalamualaikum...
tajuk kali ni kita nak bincang iaitu "EGO"
setiap orang yang mempunyai nama yang dipanggil sebagai manusia pasti ada sifat ini walaupun sedikit..

EGO
Adalah salah satu daripada sifat hanya dimiliki daripada dalam diri kita sendiri tanpa kita sedari..
selain itu juga, terdapat satu perasaan yang membuatkan kita rasa ingin melakukan apa pun untuk diri sendiri..
kita sebagai manusia mempunyai pelbagai jenis EGO yang berbeza-beza ia hanya bergantung kepada orang tersebut sama ada mampu untuk menangani atau tidak.

EGO
terdapat pelbagai jenis seperti yang kita tahu antaranya:-
1. ego dengan diri yang bermaksud...
-kita hanya beranggapan hanya kita seorang yang bagus tanpa memikirkan perasaan atau masalah orang lain.
2. ego dengan orang lain..
- maksudnya, kita sanggup menyuruh orang lain untuk meminta bantuan keatas orang lain sedangkan orang yang nak mintak tolong itu ada berdekatan dengan diri kita..

kata-kata akhir dari saya...setiap orang ada ego masing-masing dan jika kita tak boleh mengubah pemikiran kita dan ego yang mengusai diri kita maka dengan ini masa depan kita akan gelap kerana hanya dengan satu perkataan sahaja EGO.

SEKIAN TERIMA KASIH..
hydrangea syu_zu


Wednesday, 11 December 2013

thousand years

thousand years
yup..sekarang ni tengah tergila-gilakan lagu "thousand years"..
heheeee..
lagu ni juga menjadi tema bagi setiap "message" masuk..
sebab pemilhan lagu ni mungkin lirik lagu nie ada unsur-unsur romantik dan boleh buat kita rasa jatuh hati dekat seseorang yang kita sayang..(sedar diri saya nie memang jiwang),,

thousand years : Christina Perri


heart beats fast....
colors and promises..
how to be brave...
how can i love when i'm afraid to fall....
watching you stand alone..
all of my doubt suddenly goes away somehow
one step closer....

i have died everyday waiting for you...
darling don't be afraid loved you..
for a thousand years.....
i"ll love you for a thousand more...
...
...

time stands still..
beauty in all she is....
i will be brave..
i will not let anything take away..
what's standing in front of me..
every breath..
every hour
has come
to this..
one 
step
 closer...

(c/h) i have died everyday waiting for you...
darling don't be afraid loved you..
for a thousand years.....
i"ll love you for a thousand more...

and all along i believed i would find you
time has brought your heart to me..
i have loved you for a thousand years..
i'll love you for a thousand more...

...

one step closer...(2x)
(c/h)


^_^
hydrangea syu_zu


Tuesday, 10 December 2013

blog.?????

blog?????

Assalamualaikum....
tajuk entry hari nie blog...???
mesti kamu rasa blog tu ape..??kenapa mesti buat blog..??apa kegunaan blog yang sebenarnya..??
"sometimes kita rasa macam tertanya - tanya apa sebab kita buat blog.??"
bagi pandangan syu tentang blog ni la sebab..
  • kita dapat mereka satu tempat yang boleh membuatkan kita rasa tenang dan dapat meluangkan masa apabila bosan..
  • kita juga dapat mengeluarkan pelbagai idea dan boleh berkongsi bersama dengan rakan-rakan lain..
itu sahaja yang boleh dikongsikan sebab apa kena buat blog..sebenarnya blog ni hanyalah untuk mengurangkan rasa bosan dan menjadi bahan bacaan pada masa kini..

syu minat buat blog ni pun sebab suka-suka sahaja..bila buat blog dengan hasil tangan sendiri,kita akan rasa puas hati dan berfikir sejenak "bertapa kreatifnya kita ni tapi kalau kita belajar untuk mencuba"
itu sahaja la dari syu..
terima kasih kerana mengunjungi hydrangea syu_zu

^_^




Monday, 25 November 2013

fakta bagi anak ke dua

Assalamualaikum..
tajuk kita hari nie ialah fakta bagi anak ke dua..

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yang betul dalam ramai-ramai adik beradik dia aje yang KETEGAQ kemahuan dia
kuat kalau buat sesuatu sungguh-sungguh kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia dan dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI

Very independent memang betul tapi kalau terlebih
independent pun payah jugak , mudah bergaul dan very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas
.

Saturday, 19 May 2012

resepi ayam masak asam pedas dadaaa~


hari nie syu nak kongsi sedikit ilmu iaitu dengan cara memasak ayam masak asam pedas dadaaaa~
ini cara syu masak..laen dari yg laen...huhuuu~
simple,senang dan sedap..


bahan utama :
ayam :10 ketul @ikut suka
cili kisar : 1 cawan  
bawang merah : 3 biji
bawang putih : 4 ulas
halia : 1 inci
air asam jawa : 1 mangkuk 
serai : sebatang jika perlu
garam : secukup rasa
daun kesom
cili hidup : 5 biji
minyak
air 
bendi

cara-cara membuat :

1. ayam dibersihkan,selawat bagi yang islam dan ditoskan..
2. ambil bawang merah,bawang putih,halia dan cili hidup ditumbuk...serai ditumbuk sekali
3. panaskan minyak,selepas minyak sudah panas tumiskan cili kisar dan serai serta bahan yang ditumbuk (bawang merah,bawang putih,halia dan cili hidup) sehingga berbau harum dan garing....
4. masukkan ayam dan gaul sehingga rata...apabila sudah rata masukkan sedikit air dan air asam jawa (jgn terlalu byak takut rasa masam)
5. selepas itu masukkan bendi (dibuang kepala dan ekor dan bendi dipotong 3), daun kesom dan garam secukup rasa..tutup api biler ayam sudah masak..

*digalakkan bawang merah,bawang putih,halia,cili ditumbuk lagi sedap dari dikisar..
*bendi perlu dimasukkan akhir sekali sebab bendi mudah lembut
*pasti kan kalau nak rasa masakkan jgn rasa semasa masakan panas sebab biler rasa waktu panas makanan pasti akan rasa tawar.. 

siap..
boleh makan sekarang...
selamat mencuba~
simple, senang , sedap...

Tuesday, 14 February 2012

kucing..

salam,
rindu ye~
hari terasa macam nak berkongsi tentang binatang plak..
heheee~
dalam banyak-banyak binatang syu cuma akan memilih kucing je..

nak tau sebab pe..
ok..
1. sebab kucing comel
2. sebab kucing memahami perasaan kita..
3. sebab kucing pandai membersih kan diri sendiri.
4. sebab kucing kucing mempunyai sikap penyayang walaupun tidak mempunyai perasaan yang seperti kita manusia.
5. sebab kucing cume boleh sebut "meoww3"(betol tak..???)
6. kucing klau tido comel..(betol tak..???)
eerrmm..
ada banyak lagi sebab memilih kucing tapi syu tak bleh la tulis semua sekali kan..
tapi cukup la setakat ini sahaja ok..
rindu kat kucing..!!!!!!!!
<3

Monday, 14 November 2011

Sahabat..
Sahabat adalah orang yang setia menjadi tulang belakang kita..
Sahabat la yang membantu pabila dalam kesusahan dan kegembiraan..

Sahabat..

Tanpa sahabat tak b'makna la…
Sahabat la yang sering memberikan sokongan dari belakang..
Sahabat la teman paling sejati..

Sahabat..

Sahabat la yang menjadi teman berbual dan ketawa..
Sahabat la yang sering mendengar segala rintihan suka dan duka..

Sahabat..

Tahukah sahabat begitu bermakna dalam hidup…
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat…
Love u alls..
Khas untuk sahabat sejati:fatin nazihah binti mohammad{zieha},siti sofiyah binti haji zaina{piah}l,{aini}aini binti md ngatong..
Dari sahabat mu:nursuhadah binti salehoddin{sue}..