My fav music

Tuesday, 17 December 2013

Christina Perri - Jar of Hearts - Jun Sung Ahn Violin Cover




sekarang ni terasa macam jiwa ni jiwang sangat..tak tau la sejak bila layan muzik violin..tapi kadang-kadang biler dengar muzik ni rasa macam tenang je jiwa..cuba dengar dan hayati irama lagu ni..
kalau kita betul-betul "feeling" dengan lagu ni pasti kita akan terasa (meremang bulu roma dengar lagu ni)
ni lagu lama so tak slah kalau nak dengar kan,.

SEKIAN TERIMA KASIH
hydrangea syu_zu

Monday, 16 December 2013

EGO

Assalamualaikum...
tajuk kali ni kita nak bincang iaitu "EGO"
setiap orang yang mempunyai nama yang dipanggil sebagai manusia pasti ada sifat ini walaupun sedikit..

EGO
Adalah salah satu daripada sifat hanya dimiliki daripada dalam diri kita sendiri tanpa kita sedari..
selain itu juga, terdapat satu perasaan yang membuatkan kita rasa ingin melakukan apa pun untuk diri sendiri..
kita sebagai manusia mempunyai pelbagai jenis EGO yang berbeza-beza ia hanya bergantung kepada orang tersebut sama ada mampu untuk menangani atau tidak.

EGO
terdapat pelbagai jenis seperti yang kita tahu antaranya:-
1. ego dengan diri yang bermaksud...
-kita hanya beranggapan hanya kita seorang yang bagus tanpa memikirkan perasaan atau masalah orang lain.
2. ego dengan orang lain..
- maksudnya, kita sanggup menyuruh orang lain untuk meminta bantuan keatas orang lain sedangkan orang yang nak mintak tolong itu ada berdekatan dengan diri kita..

kata-kata akhir dari saya...setiap orang ada ego masing-masing dan jika kita tak boleh mengubah pemikiran kita dan ego yang mengusai diri kita maka dengan ini masa depan kita akan gelap kerana hanya dengan satu perkataan sahaja EGO.

SEKIAN TERIMA KASIH..
hydrangea syu_zu


Wednesday, 11 December 2013

thousand years

thousand years
yup..sekarang ni tengah tergila-gilakan lagu "thousand years"..
heheeee..
lagu ni juga menjadi tema bagi setiap "message" masuk..
sebab pemilhan lagu ni mungkin lirik lagu nie ada unsur-unsur romantik dan boleh buat kita rasa jatuh hati dekat seseorang yang kita sayang..(sedar diri saya nie memang jiwang),,

thousand years : Christina Perri


heart beats fast....
colors and promises..
how to be brave...
how can i love when i'm afraid to fall....
watching you stand alone..
all of my doubt suddenly goes away somehow
one step closer....

i have died everyday waiting for you...
darling don't be afraid loved you..
for a thousand years.....
i"ll love you for a thousand more...
...
...

time stands still..
beauty in all she is....
i will be brave..
i will not let anything take away..
what's standing in front of me..
every breath..
every hour
has come
to this..
one 
step
 closer...

(c/h) i have died everyday waiting for you...
darling don't be afraid loved you..
for a thousand years.....
i"ll love you for a thousand more...

and all along i believed i would find you
time has brought your heart to me..
i have loved you for a thousand years..
i'll love you for a thousand more...

...

one step closer...(2x)
(c/h)


^_^
hydrangea syu_zu


Tuesday, 10 December 2013

blog.?????

blog?????

Assalamualaikum....
tajuk entry hari nie blog...???
mesti kamu rasa blog tu ape..??kenapa mesti buat blog..??apa kegunaan blog yang sebenarnya..??
"sometimes kita rasa macam tertanya - tanya apa sebab kita buat blog.??"
bagi pandangan syu tentang blog ni la sebab..
  • kita dapat mereka satu tempat yang boleh membuatkan kita rasa tenang dan dapat meluangkan masa apabila bosan..
  • kita juga dapat mengeluarkan pelbagai idea dan boleh berkongsi bersama dengan rakan-rakan lain..
itu sahaja yang boleh dikongsikan sebab apa kena buat blog..sebenarnya blog ni hanyalah untuk mengurangkan rasa bosan dan menjadi bahan bacaan pada masa kini..

syu minat buat blog ni pun sebab suka-suka sahaja..bila buat blog dengan hasil tangan sendiri,kita akan rasa puas hati dan berfikir sejenak "bertapa kreatifnya kita ni tapi kalau kita belajar untuk mencuba"
itu sahaja la dari syu..
terima kasih kerana mengunjungi hydrangea syu_zu

^_^




Monday, 25 November 2013

fakta bagi anak ke dua

Assalamualaikum..
tajuk kita hari nie ialah fakta bagi anak ke dua..

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yang betul dalam ramai-ramai adik beradik dia aje yang KETEGAQ kemahuan dia
kuat kalau buat sesuatu sungguh-sungguh kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia dan dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI

Very independent memang betul tapi kalau terlebih
independent pun payah jugak , mudah bergaul dan very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas
.

Saturday, 19 May 2012

resepi ayam masak asam pedas dadaaa~


hari nie syu nak kongsi sedikit ilmu iaitu dengan cara memasak ayam masak asam pedas dadaaaa~
ini cara syu masak..laen dari yg laen...huhuuu~
simple,senang dan sedap..


bahan utama :
ayam :10 ketul @ikut suka
cili kisar : 1 cawan  
bawang merah : 3 biji
bawang putih : 4 ulas
halia : 1 inci
air asam jawa : 1 mangkuk 
serai : sebatang jika perlu
garam : secukup rasa
daun kesom
cili hidup : 5 biji
minyak
air 
bendi

cara-cara membuat :

1. ayam dibersihkan,selawat bagi yang islam dan ditoskan..
2. ambil bawang merah,bawang putih,halia dan cili hidup ditumbuk...serai ditumbuk sekali
3. panaskan minyak,selepas minyak sudah panas tumiskan cili kisar dan serai serta bahan yang ditumbuk (bawang merah,bawang putih,halia dan cili hidup) sehingga berbau harum dan garing....
4. masukkan ayam dan gaul sehingga rata...apabila sudah rata masukkan sedikit air dan air asam jawa (jgn terlalu byak takut rasa masam)
5. selepas itu masukkan bendi (dibuang kepala dan ekor dan bendi dipotong 3), daun kesom dan garam secukup rasa..tutup api biler ayam sudah masak..

*digalakkan bawang merah,bawang putih,halia,cili ditumbuk lagi sedap dari dikisar..
*bendi perlu dimasukkan akhir sekali sebab bendi mudah lembut
*pasti kan kalau nak rasa masakkan jgn rasa semasa masakan panas sebab biler rasa waktu panas makanan pasti akan rasa tawar.. 

siap..
boleh makan sekarang...
selamat mencuba~
simple, senang , sedap...

Tuesday, 14 February 2012

kucing..

salam,
rindu ye~
hari terasa macam nak berkongsi tentang binatang plak..
heheee~
dalam banyak-banyak binatang syu cuma akan memilih kucing je..

nak tau sebab pe..
ok..
1. sebab kucing comel
2. sebab kucing memahami perasaan kita..
3. sebab kucing pandai membersih kan diri sendiri.
4. sebab kucing kucing mempunyai sikap penyayang walaupun tidak mempunyai perasaan yang seperti kita manusia.
5. sebab kucing cume boleh sebut "meoww3"(betol tak..???)
6. kucing klau tido comel..(betol tak..???)
eerrmm..
ada banyak lagi sebab memilih kucing tapi syu tak bleh la tulis semua sekali kan..
tapi cukup la setakat ini sahaja ok..
rindu kat kucing..!!!!!!!!
<3